Ahad, November 22


 

FALSAFAH PSSGMM

Semua murid persilatan Gayong Maarifat mestilah menjadikan 2 kalimah syahadah sebagai rukun hidup.(Falsafah/budaya dalam kehidupan harian.)
Dengan menjadikan 2 kalimah syahadah sebagai pegangan dan amalan dalam kehidupan,diharap murid PSSGMM diberkati Allah s.w.t. serta melahirkan satu individu muslim bertaqwa, warak,berbudi pekerti yang mulia ,pemaaf,jujur,tidak ganas dan sentiasa dalam rahmat Allah s,w.t.


Semua murid PSSGMM mestilah;
1-Beriman hanya kepada Allah s.w.t dan mentaati segala suruhan dan perintahNya.
2- Mengakui Nabi Muhammad adalah utusan Allah dan melaksanakan segala ajarannya berdasarkan Al-Qur"an dan hadis(sunnah).


PRINSIP HIDUP MURID PSSGMM
1-Beriman
Semua murid PSSGMM wajib beriman kepada Allah s.w.t..Letak
kan segala keyakinan diri kepada Allah s.w.t.Tiada rasa gentar terhadap makhluk/dunia .Hanya Allah s.w.t. tempat bergantung harap.
2-Amal
Murid Gayong Maarifat wajib beramal dengan Al-Qur'an dan hadis serta tekun dalam amalan yang diberioleh Guru Utama.Semoga murid diberkati Allah s.w.t.
3-Ukhuwah
Rasa kasih sayang sesama saudara seperguruan dan sesama makhluk.Ketepikan kepentingan diri,dahulukan saudara seperguruan dalam urusan mereka.Sentiasa membantu sesama ahli.Nasihat menasihati jika saudara kita tersilap dan segera memaafkanya
4-Kefahaman
Semua murid Gayong Maarifat hendaklah memahami perjuangan Gayong Maarifat dalam menegakkan kalimah Allah didunia ini serta menyatukan umat dalam suasana kasih dan sayang.
5-Redha
Setelah keempat empat prinsip diamalkan(Beriman,Amal,ukkhuwah,kefahaman)
Insya-Allah semua murid Gayong Maarifat akan dapat menikmati rasa ikhlas terhadap Allah s.w.t. dan mencintaiNYA dengan sepenuh jiwa.

SUKATAN PELAJARAN DALAM PSSGMM (BERGELANGGANG)

CINDAI KUNING PELANGI BIRU SATU

#Matapelajaran di gelanggang
1-Senaman Tua
2-pernafasan lima
3-pelebat sendeng terlak
4-asas tubi 9(Tumbukan)
5-asas taji 7(Tendangan)
6-pecah pukul 7
7-Golek anak harimau

**tempoh belajar (3 bulan)
ekspress(3 kali sehari)((7 hari)

Majlis mandi Adat penerimaan Murid
1.Sediakan limau nipis 2 biji+limau purut 1biji
2.yuran mandi Adat/kenduri ; rm30 Dewasa
rm25 Kanak kanak
Tujuan Mandi Adat;
membuang segala ilmu salah,saka keturunan atau
segala unsur yang tidak baik daripada tubuh murid PSSGMM.
**Dimasukkan juga doa keselamatan dan pagar diri dari kecelakaan dan sihir diisi sendiri oleh Guru Utama.

*Majlis Adat Pengijazahan&Pembukaan Tenaga Rohaniah
1-Doa selamat
2-Ucapan Pengenalan/Penerangan Tenaga Rohaniah
3-Pengijazahan GTR oleh Guru Utama
DEWASA RM 200
21 TAHUN KEBAWAH RM 60
4-Kenduri Doa Selamat semua tetamu dan ibu bapa
5-Demo silat gelanngang berkenaan dan gelanggang jemputan jika ada.

4-Doa ajian serta kaedah;
1-pengosongan diri
2-pengisian rohaniah
3-ajian pagar diri
4-ajian pelangkah hulubalang
5-doa kalimah
6-jabat syahadah
7-kaedah puasa

5-permainan Gerak Laksamana
1-latihan silat tangan kosong;memukul/mengelak 21 kali
2-latihan silat senjata keris menikam /mengelak 21 kali
3-latihan senjata parang menetak/mengelak
21 kali
tempoh masa pelajaran 3 bulan
ekspres 7 hari

UJIAN KEMAHIRAN BENGKONG
semua mata pelajaran cindai kuning pelangi biru 1
(Fizikal&Gerak tenaga rohaniah serta amalan)
tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu.



Cindai Kuning Pelangi Biru Dua
1-Mata pelajaran Di Gelanggang.
1-pelebat gempur harimau
2-Asas 9 Gayong Semilir Sakti
3-pecah pukul 9
4-pecah pukul 11
5-Tangkisan dan Serangan bawah; kaki/sisi
Tengah; sendeng
atas ; siku dan sendeng
6-petua membaca gerak musoh
7-Rencah;asas(pelebat,tubi,taji,,pecah pukul)
pukul /elak/pukul
sedrhana /laju
2 Permainan Gerak Laksamana
1-latihan silat tangan kosong; pukul/elak/pukul
21 kali
2-Latihan silat senjata keris;tikam /elak/tikam
21 kali
3-latihan silat senjata parang;tetak/elak/tetak
#semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjat kayu yang mirip senjata betul
&dilatih mengikut 3 tahap iaitu;
perlahan /sederhana laju /laju

3'Rencah;kemahiran tempur ;
Gabungan seluruh mata pelajaran cindai pelangi biru satu&dua yang direncahkan dalam pertempuran laju.Guna petua&akal&diselangi permainan Gerak Laksamana secara berselang seli
Tujuan melatih pesilat dalam keadan biasa@menggunakan Gerak

UJIAN KEMAHIRAN BENGKONG ;
mata pelajaran cindai kuning pelangi biru dua
fizikal&Gerak Laksamana
Tempur 1 lawan dua serta kreativiti permainan individu.

Cindai kuning pelangi biru tiga
1-pelebat gempur tuah
2-pecah pukul 13
3-rahsia langkah 1,2,3,4
4-rahsia sasaran pukulan
5-kincir tangan(buang /buang pukul)
6-kincir siku(" " )
7-tempur rencah (kemahiran 2)

2.permainan gerk laksamana
1-latihan silat tangan kosong;pukul/elak/pukul/
tangkap 21 kali
2-latihan silat senjata keris;tikam/elak/tikam/
tangkap 21 kali
3-latihan silat senjata parang; tetak/elak/tetak/
tangkap 21 kali
**semua latihan guna senjata kayu& mirip senjata
betul..Dilatih mengikut 3 tahap iaitu;perlahan /sederhana/laju

3 Doa ajian
1-ajian pembias
2-ajian tubi bertunang
3-ajian gayong semilir sakti
4-tahap kemahiran asas 9 gayong semilir sakti

** tempoh masa 9 bulan
ekspress 3 bulan

UJIAN KEMAHIRAN BENGKONG;
semua mata pelajaran cindai kuning pelangi biru tiga(fizikal /Gerak Laksamana)
Tempur 1 lawn 3 serta kreativiti permainan individu
Jika lulus layak menjadi Gurulatih(pendekar Setia)

Tiada ulasan: